Tuesday, July 23, 2013

TAKLIMAT PENDEDAHAN FROG VLE

Pada 22 Julai 2013, suatu taklimat pendedahan frog VLE telah diadakan pada pukul 1 petang bertempat di bilik gerakan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Ruth Ling Wang Ling, Penyelaras Bestari SKSB kepada 23 orang guru termasuk ketua panitia bidang, setiausaha kerja (Pentadbiran, HEM, KK, Pendidikan Khas), ketua penyelaras KK, wakil guru daripada pra sekolah serta wakil staf daripada pengurusan sekolah. Turut hadir bersama adalah guru besar SK Methodis ACS, Lumut, Puan Nor Azura bt Murad serta 3 orang guru dari sekolah tersebut. Taklimat secara ringkas dan padat telah disampaikan berkenaan dengan pengenalan 1bestarinet serta frog VLE persekitaran pembelajaran maya.








Monday, July 15, 2013

MEMPERKENALKAN FROG VLE

Pada hari Jumaat minggu yang lepas, saya telah memperkenalkan Frog VLE kepada murid tahun 5 Mutiara. Mereka berasa seronok dan minat apabila menerokai frog vle dengan menggunakan ID Yes yang telah diberikan oleh saya. Saya telah mengongsikan site pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik bersama-sama murid saya. Kesimpulan yang telah saya dapati ialah, pembelajaran interaktif secara online ini telah berjaya menarik minat untuk belajar dengan lebih berkesan.







Monday, July 8, 2013


Frog13 - Elizabeth Lopez, Head of Transformation Management, Frogasia from Frogtrade on Vimeo.

BERMULA FROG @ SK SERI BAYU

Kursus Frog VLE Fasa 3 telah dihadiri oleh Pn Ruth Ling Wang Ling dan Pn Sulmawati bt Sulaiman pada 2/7/2013 sehingga 4/7/2013 bertempat di PKG Sitiawan. Hasilan daripada itu, alatan Frog VLE seperti 4G Doogles, CD Pengenalan, poster frog vle, buku panduan frog vle,  telah dibekalkan kepada sekolah kami untuk memulakan projek tersebut.