Thursday, July 2, 2015

MAJLIS ANUGERAH PENGGUNAAN FROG VLE FASA 2 2015

Pada 29hb Jun 2015, Majlis Anugerah Penggunaan Frog VLE Fasa 2 (April - Jun) 2015 peringkat sekolah telah dijalankan dengan lancarnya semasa perhimpunan pagi. Seramai 10 orang guru telah dianugerahkan sebagai guru inovatif dan proaktif penggunaan dalam Frog VLE. Mereka adalah terdiri daripada : Puan Yap Lian Teng, Puan Rosnah bt Hanapi, Puan Ngu Kee Hong, Puan Hapiza Aishah bt Mohd Sidek, Puan Maziatoljasnim bt Abd Saari, Puan Sulmawati bt Sulaiman, Puan Halila bt Saim, Puan Sanariah @ Mek Yah bt Omar, Puan Kisnawati bt Mahsen dan Puan Salihah bt Mak Yusoff. Untuk murid inovatif, seramai 10 orang murid tahap 2 dan tahap 1 telah dipilih berdasarkan analitik penggunaan yang paling tinggi di SK Seri Bayu. Mereka adalah terdiri daripada Wan Yazafriana bt Wan Yazairi, Nurhadaina bt Mohd Zainuri, Muhammad Nur Afiq b Lokman Nor Hakim, Nur Shuhada bt Ahmad Shukry, Aqiff Nuqman b Asmawi, Nur Khyreen Damia bt Che Khairi, Muhammad Luthfi Naim b Mohd Sallehuddin, Aina Najwa bt Samudin, Muhammad Haziq Darwisy b Hisham dan Hairyl Danish b Huzairy. Kesemua penerima anugerah akan menerima sijil perhargaan, Lencara Frog dan juga hadiah yang ditajakan oleh Guru Besar SK Seri Bayu, Tuan Hj Zahidi b Hj Zulkiffli.


























Tuesday, May 26, 2015

ANUGERAH LOGIN TERTINGGI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA

SK Seri Bayu telah diberi Anugerah Login Tertinggi Persekitaran Pembelajaran Maya pada hari ini di Atrium Gemilang, JPN Perak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Sektor Pengurusan Maklumat ICT. Anugerah ini adalah anugerah suku tahun pertama 2015 kategori sekolah rendah. Ia telah disampaikan kepada Tn Hj Zahidi b Hj Zulkiffli guru besar SKSB oleh Hj Rozi bin Puteh Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perak semperna dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Perak pada pagi hari ini. Tahniah diucapkan.