Thursday, July 2, 2015

MAJLIS ANUGERAH PENGGUNAAN FROG VLE FASA 2 2015

Pada 29hb Jun 2015, Majlis Anugerah Penggunaan Frog VLE Fasa 2 (April - Jun) 2015 peringkat sekolah telah dijalankan dengan lancarnya semasa perhimpunan pagi. Seramai 10 orang guru telah dianugerahkan sebagai guru inovatif dan proaktif penggunaan dalam Frog VLE. Mereka adalah terdiri daripada : Puan Yap Lian Teng, Puan Rosnah bt Hanapi, Puan Ngu Kee Hong, Puan Hapiza Aishah bt Mohd Sidek, Puan Maziatoljasnim bt Abd Saari, Puan Sulmawati bt Sulaiman, Puan Halila bt Saim, Puan Sanariah @ Mek Yah bt Omar, Puan Kisnawati bt Mahsen dan Puan Salihah bt Mak Yusoff. Untuk murid inovatif, seramai 10 orang murid tahap 2 dan tahap 1 telah dipilih berdasarkan analitik penggunaan yang paling tinggi di SK Seri Bayu. Mereka adalah terdiri daripada Wan Yazafriana bt Wan Yazairi, Nurhadaina bt Mohd Zainuri, Muhammad Nur Afiq b Lokman Nor Hakim, Nur Shuhada bt Ahmad Shukry, Aqiff Nuqman b Asmawi, Nur Khyreen Damia bt Che Khairi, Muhammad Luthfi Naim b Mohd Sallehuddin, Aina Najwa bt Samudin, Muhammad Haziq Darwisy b Hisham dan Hairyl Danish b Huzairy. Kesemua penerima anugerah akan menerima sijil perhargaan, Lencara Frog dan juga hadiah yang ditajakan oleh Guru Besar SK Seri Bayu, Tuan Hj Zahidi b Hj Zulkiffli.


























Tuesday, May 26, 2015

ANUGERAH LOGIN TERTINGGI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA

SK Seri Bayu telah diberi Anugerah Login Tertinggi Persekitaran Pembelajaran Maya pada hari ini di Atrium Gemilang, JPN Perak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Sektor Pengurusan Maklumat ICT. Anugerah ini adalah anugerah suku tahun pertama 2015 kategori sekolah rendah. Ia telah disampaikan kepada Tn Hj Zahidi b Hj Zulkiffli guru besar SKSB oleh Hj Rozi bin Puteh Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perak semperna dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Perak pada pagi hari ini. Tahniah diucapkan.




Friday, September 27, 2013

BENGKEL FROG VLE UNTUK TEACHER CHAMPION

Bengkel untuk pendedahan frog vle kepada guru-guru telah diadakan pada 6hb September 2013 di bilik gerakan jam 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang. Guru-guru frog champion telah belajar cara-cara untuk mengeditkan personal dashboard, kalender, departmental site serta mendapat tugasan untuk mengemaskini laman panitia masing-masing.






CHROME BOOK

Pada hari Isnin yang lepas, sekolah kami telah menerima 2 mobile lab dengan 82 buah komputer jenis chrome book daripada 1 bestarinet. Chrome book ini adalah sangat sesuai digunakan untuk pembelajaran maya frog vle.




Murid tahun 5 Baiduri seronok mencuba chrome book untuk menyelesaikan tugasan dalam frog vle


Friday, August 16, 2013

PAPAN KENYATAAN FROG VLE

Papan kenyataan ini telah dihiaskan dengan maklumat frog vle untuk pengetahuan semua warga SKSB. Terdapat satu sudut khas untuk murid di mana dari situ, murid dapat memperolehi informasi mengenai Student Frog.


Tuesday, July 23, 2013

TAKLIMAT PENDEDAHAN FROG VLE

Pada 22 Julai 2013, suatu taklimat pendedahan frog VLE telah diadakan pada pukul 1 petang bertempat di bilik gerakan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Ruth Ling Wang Ling, Penyelaras Bestari SKSB kepada 23 orang guru termasuk ketua panitia bidang, setiausaha kerja (Pentadbiran, HEM, KK, Pendidikan Khas), ketua penyelaras KK, wakil guru daripada pra sekolah serta wakil staf daripada pengurusan sekolah. Turut hadir bersama adalah guru besar SK Methodis ACS, Lumut, Puan Nor Azura bt Murad serta 3 orang guru dari sekolah tersebut. Taklimat secara ringkas dan padat telah disampaikan berkenaan dengan pengenalan 1bestarinet serta frog VLE persekitaran pembelajaran maya.